Powered By Blogger

Isnin, 4 Oktober 2010

LONTARAN EMAS

"Warna Putih sangat mudah untuk bertukar kepada warna hitam, tetapi warna hitam sangat sukar untuk bertukar kepada warna putih, hargailah semasa ia masih putih".


"Jadilah seperti ikan di laut, walaupun tinggal di air masin tetapi bila dimakan rasanya tetap tawar". renungkanlah...




"Jika anda masuk ke kedai minyak wangi, pasti anda akan keluar dalam keadaan wangi. fikir-fikirkanlah...".


"Ketika anda lahir orang sekeliling anda tersenyum dan anda menangis, jalanilah kehidupan sehingga nanti ketika anda mati anda tersenyum dan orang sekeliling anda menangis".


"Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun, dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya".


"Setitik air boleh membelah batu bukan kerana derasnya tetapi dengan seringya ia menitik".


"Kecantikan abadi adalah terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu, Bukan terletak pada wajah dan pakaiannya".


"Yang dalam (hati) menghasilkan yang luar (penampilan/luaran), bukan yang luar menghasilkan yang dalam.. fikir-fikirkanlah..".
"Adalah lebih baik mengahwini dengan orang yang mencintai kita daripada kita mencintai orang tersebut".


"Jagalah apa yang anda suka atau anda terpaksa menyukai apa yang anda dapat".


"Jadilah seperti gelas yang kosong, masih boleh diisi air, jangan menjadi gelas yang penuh kerana tidak lagi boleh diisi air dan sekiranya diisi pasti ia akan tumpah". renungan...


"Kejayaan seseorang lelaki biasanya dikaitkan dengan seorang wanita disisinya, mungkin ibu, isteri, rakan, anak, kakak, mak cik tetapi renungkanlah kerana kemusnahan seorang lelaki juga biasanya dikaitkan dengan seorang wanita".fikir-fikirkanlah...


"Jadilah seorang yang berani dengan memiliki sifat kepahlawanan, sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w  memohon perlindungan daripada Allah s.w.t daripada sifat pengecut atau penakut".




"Semakin banyak ilmu yang kita pelajari semakin banyak yang tidak kita ketahui".


"Jangan cuba menyentuh perasaan orang lain jika hanya akan menhancurkan jiwanya".


"Jangan tinggalkan orang yang kita sayang untuk orang yang kita suka, kerana orang yang kita suka akan tinggalkan untuk orang yang mereka sayang, jangan cuba dapatkan apa yang kita suka, tetapi sayanglah dengan apa yang kita ada..". renungan bersama...


"Sekiranya kita mahu akan sesuatu, pastinya kita ada seribu jalan, Tetapi jika kita tidak mahu akan sesuatu, kita mempunyai sejuta alasan".


"Kita tidak akan dapat mengenal seseorang melainkan dalam 3 waktu, iaitu kita tidak akan ketahui adakah seseorang itu pemaaf melainkan ketika dia marah. Tidak dapat diketahui seseorang itu berani melainkan pada waktu ia sedang berjuang dan tidak dapat dikenal sahabat melainkan waktu kesusahan".


"Uli dan kental segenggam usaha dan semangkuk ketekunan, renjiskan dengan selitir keyakinan dan secawan ketekunan, untuk melazatkan lagi tambahlah dengan secubit senyuman".


"Apa yang kita miliki akan dilupai, tetapi apa yang belum menjadi milik kita, akan sentiasa kita berfikir untuk mendapatkannya".


"Usah bimbang jika diri kita tidak dihargai, tetapi bimbanglah jika diri kita tidak berharga lagi". Renungan..


"Manis jangan disangka gula, pahit jangan disangka hempedu. Pastikan yang manis itu benar-benar gula dan yang pahit itu benar-benar hempedu. Kadang-kadang kita mungkin terperangkap kepada kemanisan dan kepahitan akibat daripada kurangnya penyelidikan. Oleh itu sentiasalah berhati-hati sebelum mempercayai sesuatu kerana itu lebih baik dan beringat selepas kita menanggung akibat". 


"Yang jauh adalah masa, yang dekat adalah saat datangnya mati, Yang berat adalah memegang amanah, yang ringan adalah melakukan dosa dan yang besar adalah hawa nafsu".


"Jika engkau ingin mengetahui kedudukan kamu disisi Allah s.w.t maka perhatikanlah bagaimana Kedudukan Tuhanmu pada dirimu". renungan bersama..
"Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai tersebut".


"Lahirnya cinta kerana persahabatan...Lahirnya persahabatan kerana perasaan...Lahirnya perasaan kerana hati...Lahirnya hati kerana iman".


"Latihlah diri kita untuk membalas dengan kebaikan kepada orang-orang yang telah berbuat keburukan kepada kita".


"Yang betul, belum tentu betul, tetapi yang banar, pasti benar". Fikirkanlah..


"Perubahan adalah sesuatu yang pasti terjadi,  sesiapapun yang tidak bersedia dengan perubahan dan tidak bersungguh-sungguh mengubah diri menjadi lebih baik,  nescaya akan berat menghadapi hidup".


"Ilmu itu adalah lebih baik daripada harta, Ilmu akan menjagamu sedangkan kamulah yang akan menjaga harta. Ilmu itu hakim ( yang memutuskan pelbagai perkara ), sedangkan harta adalah yang dihakimi. Telah mati penyimpan harta dan tersisalah para pemilik ilmu, walaupun diri mereka telah tiada akan tetapi peribadi mereka tetap ada pada hati-hati manusia".


"Sekiranya engkau seorang yang soleh, jauhilah dirimu daripada orang yang buruk budi pekerti dan keras kepala kerana ditakuti apabila diturunkan bala Allah s.w.t, engkau turut menjadi mangsanya".


"Siapa kawan anda hari ini menentukan siapa anda pada hari esok".  sekadar renungan..


"Gelas yang kotor diisi dengan air yang bersih, maka kotorlah airnya, tetapi jika bersih gelasnya diisi dengan air yang bersih maka bersihlah airnya". renungkanlah..


"Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan kerana agamanya, lalu pilihlah perempuan yang beragama nescaya kamu bahagia".


"untuk mencicip kemanisan, perlu bermula dengan mengupas kepahitan".


"Ingatlah apa yang kita suka adakalanya bukan yang terbaik untuk kita , logik manusia merasakan ia manis, tetapi logik Tuhan yang menyusun keadaan sebaliknya". sekadar renungan..


"Mata adalah jendela hati, muka adalah wajah kehidupan dan mulut adalah ukuran ilmu".


"ketika satu pintu kebahagian ditutup, pintu yang lain dibukakan, tetapi acapkali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu yang lain yang dibukakan untuk kita". renungan bersama...


"Jika anda inginkan sesuatu yang belum anda miliki, anda harus bersedia melakukan sesuatu yang belum pernah anda lakukan".

 



"Cinta seringkali lari apabila kita mencari, tetapi cinta juga seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri". fikir-fikirkan...


"Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri". renungan bersama...


"Orang yang cantik tetapi tidak berakhlak bagaikan bunga yang berwarna tetapi berbau busuk". 


"Air mata untuk kekasih, untuk sedih dan untuk rasa pedih, pastinya air mata itu lebih berharga  tatkala gembira dan berjaya". 


"Lantaran ada wanita, alam menjadi indah, lantaran ada lelaki dunia menjadi sempurna, lantaran ada lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan disebalik suatu kekuatan". renungan...


"Belajar tanpa berfikir tidak ada gunanya, sedangkan berfikir tanpa belajar adalah bahaya".fikir-fikirkanlah...


"Jika cinta itu tidak berbalas maka bersyukurlah, kerana anda akan dipilihkan Allah s.w.t dengan pilihan yang lebih baik". renungan bersama...


"Kemaafan mungkin sesuatu yang amat berat untuk diberikan, tetapi hanya dengan kemaafan sahaja dapat mengubati hati yang terluka". renungan...


"pengalaman adalah guru yang paling kejam kerana ia menguji dahulu baru memberi pengajaran". renungan ..


"Persahabatan ibarat bunga yang digubah indah, andai terlerai masih boleh digubah kembali namun gubahan kali kedua tidak mungkin sama dengan gubahan pertama". renungan bersama...


"Sebaik-baik manusia adalah orang yang dapat  mensesuaikan dirinya dengan orang yang buruk akhlaknya dan dapat menperbaharui akhlaknya sehingga ia menjadi baik". fikir-fikirkanlah ...


"Keikhlasan adalah rahsia antara Allah s.w.t dan hambaNya yang tidak diketahui oleh malaikat untuk mencatat dan syaitan yang akan merosakkannya". renungan bersama ...


"Jangan selalu memikirkan apa yang orang akan bagi kepada kita, tetapi fikirlah apa yang kita boleh bagi kepada orang lain".


"Jadilah hamba dan bukan kuli disisi Allah s.w.t kerana hamba sentiasa melakukan tugasnya tanpa mengharapkan balasan kerana itulah yang selayak baginya, tetapi kuli membuat sesuatu atas sebab mendapatkan ganjaran". renungan bersama ...


"Manusia itu memerlukan makanan yang seimbang iaitu makanan rohani dan jasmani bersesuaian dengan penciptaannya yang dijadikan daripada dua alam yang berbeza daripada langit iaitu roh dan bumi iaitu jasad". fikir-fikirkanlah ...


"Bersabarlah kamu dalam perjalanan jauh demi menemui gurumu, sesungguhnya lautan ilmu itu diperoleh menerusi perjalanan kamu menemuinya, sesiapa yang tidak berasa kepahitan menuntut ilmu sedetik, ia pasti menelan kehinaan dek kejahilan sepanjang hayatnya".


"Sayangi sebuah perkenalan kerana disitu ada kenangan, kenangi sebuah perhubungan kerana disitu ada kerinduan, sayangi keduanya kerana itu anugerah Tuhan, tidak terasa bila ia pergi, tapi sayu bila ia tidak kembali, ia datang tanpa seruan, ia pergi tanpa alasan, abadikanlah ia sebelum hilang daripada pandangan", fikir-fikirkanlah ....


"Jika tidak mampu memberi MANFAAT kepada orang lain , jangan memberi MUDARAT kepada orang lain" .


Tiada ulasan:

Catat Ulasan