Mahu berhenti merokok?
Lakukan amalan berikut... InsyaAllah berjaya...
1. Melengah-lengah
Lengahkan tindak balas ke atas keinginan merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Sekiranya rokok ada di tangan, jangan dinyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Keinginan untuk merokok ini kesudahannya akan hilang juga.
2. Menarik Nafas Panjang
Tarik nafas anda dengan panjang sekurang-kurangnya tiga kali dengan perlahan-lahan.
3. Minum Air Dengan Banyak
Minumlah air banyak-banyak. Sebaik-baiknya air galian atau air masak suam. Jangan minum air berkafein seperti kopi atau teh, kerana minuman ini biasanya akan membuatkan anda ingin merokok selepas meminumnya.
4. Membuat Sesuatu
Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran anda daripada rokok. Contohnya bersiar-siar makan angin, telefon kawan, membaca buku, bermain muzik, membuat silang kata, berkebun dan sebagainya.
5. Menguyah Sesuatu
Mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah,lobak merah,buah epal dan sebagainya. Elakkan sesuatu yang manis seperti gula-gula biasa.
6. Mandi atau Basuh Tangan
Sekiranya berada di rumah, mandilah seberapa kerap atau basuh tangan setiap kali terasa hendak merokok.
7. Melakukan Senaman Regangan
Lakukan senaman regangan setiap kali anda merasa mengantuk kerana tidak merokok.
8. Memohon Doa
Mohonlah doa kepada Tuhan agar azam dan usaha anda untuk berhenti merokok itu berjaya.
PETUA SUARA MERDU
Cubalah salah satu atau kedua-dua petua di bawah ini untuk mendapatkan suara yang lunak.
1) Petua tradisional lama ini selalu diamalkan oleh kebanyakan penyanyi serta qari dan qariah. Caranya ambil sebiji limau nipis dan perah ke dalam gelas berisi air suam. Air limau itu perlu dicampur dengan sedikit gula batu, kemudian minumlah sbagai minuman biasa. Sebaik-baiknya minum air itu sebelum gosok gigi di sebelah pagi. Selain itu untuk menjaga suara, jangan minum air batu atau air bergas tetapi amalkan minum air suam atau air masak sahaja.
2) Sediakan secawan air pada waktu malam, biarkan semalaman. Apabila bangun pagi minum air tersebut sebelum membasuh muka atau gosok gigi dahulu.
PETUA MERAWAT KURAP
Kulit kurap membuat seseorang berasa tidak selesa dan malu. Jika menghadapi masalah kulit ini, cubalah mana-mana petua di bawah ini.
1) Tumbuk sayur bayam hingga lumat dan campurkan dengan sedikit kapur sirih. Sapukan pada bahagian kulit yang berkurap. Biarkan sehingga kering. Amalkan setiap hari.
2) Dapatkan santan pekat dari sebiji kelapa tua. Ambil beberapa helai daun kangkung dan tumbuk hingga lumat. Gaul santan bersama kangkung dan sapukan pada bahagian kulit yang berkurap. Biarkan sehingga kering. Amalkan setiap hari.
3) Ambil seketul kunyit hidup dan ketuk dengan pisau. Sapukan bahagian kuning kunyit pada kulit yang berkurap sebelum tidur. Amalkan setiap malam.
4) Dapatkan 10 cawan daun jambu yang telah dicincang. Masukkan ke dalam periuk bersama 2 liter air. Rebus selama 15 minit. Tapis air rebusan dan tambahkan dengan air biasa secukupnya untuk dibuat mandi. Amalkan setiap hari.
5) Ambil beberapa helai daun peria dan basuh. Ramas dan gosokkan pada bahagian kulit yang berkurap. Amalkan selalu.
PETUA SAKIT GIGI
Sakit gigi menyeksakan. Berikut terdapat beberapa petua yang boleh diamalkan untuk merawat sakit gigi:
1) Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Gunakan air ini untuk berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang.
2) Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi.
MENGHILANGKAN KARAT DI PAKAIAN
Perahkan air limau nipis ke dalam bekas berisi satu sudu kecil garam halus, kacau sehingga sebati dan sapukan kepada pakaian yang terkena karat. Biarkan beberapa minit sebelum diletakkan sabun dan diberus seperti biasa.
MENGILANGKAN BAU BADAN
Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya, kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. amalkan selalu.
SAKIT TEKAK / BATUK
Letakkan 3 titis kicap masin ke dalam cawan, perahkan limau nipis ke dalam cawan tersebut secukup rasa sehingga sebati, minum campuran air tersebut dan amalkan sehingga sembuh (3hari).
HILANGKAN PANAS BADAN
Mandi dengan jirus daripada kaki ke kepala ( bawah ke atas ) dan banyakkan minum air suam .
TERKENA MINYAK PANAS
Sapukan minyak griss pada tempat yg terkena minyak panas tersebut atau sapukan alovera. Baik untuk mengelak kulit menjadi parut.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan