Bismillahirrahmanirrahim ,
Assalamu'alaikum , bersyukur kita ke hadrat ilahi dengan limpah kurniaNya dan berkat junjungan kekasihNya Nabi Muhammad s.a.w serta karamah ibu dan hikmah bapa dapatlah saya dan para pembaca sekalian untuk bersama-sama berkongsi ilmu dan juga maklumat menggunakan elimen media yang bersesuian arus kemodenan dan teknologi masa kini . Disini saya mengarang sedikit berkenaan dengan penulis sebagai salam perkenalan .
Telah lahirkan ke alam dunia pada 13 / 03 / 1988 di Hospital Ipoh Perak . Merupakan anak jati negeri perak . Dibesarkan di Kampung Bahagia Sg.Siput (U) , Perak . Mendapat pendidikan awal di Sekolah Agama Rakyat (Tadika) bertempat di Kg . Bahagia . Bersekolah rendah buat kali pertama dan terakhir di Sekolah Rendah Kebangsaan Methodist . Pada umur lapan tahun penulis telah berpindah di Rancangan Kampung Tersusun Salak Baru , Sg.Siput (U), Perak . Kemudian menyambung menyambung pelajaran peringkat menengah di Sekolah Menengah Methodist Sg.Siput (U), Perak . Berbekalkan keputusan PMR penulis menyambung pengajian peringkat tingkatan 4 dan 5 di Sekolah Menengah Teknik Kuala Kangsar , Perak dalam bidang BINAAN BANGUNAN . Penulis kemudiannya menyambung pelajaran di peringkat Institusi Pengajian Tinggi di Politeknik Sultan Azlan Shah , Behrang Perak dalam Sijil Perkhidmatan Banguanan . Dalam bidang Diploma penulis menyambung di Politeknik Sultan SalahuddinAbdul Aziz Shah , Shah Alam , Selangor dalam bidang yang sama .
Semoga dengan perkongsian ilmu dapat memberi manfaat buat penulis dan pembaca untuk kita sama-sama meningkatkan pengetahuan dalam menjalani kehidupan kita sehari-hari .
sekian .
Terima kasih .
