Powered By Blogger

MEMPELAJARI ILMU BELADIRI


Mempelajari ilmu beladiri adalah wajib ke atas semua yang beragama Islam seperti mana firman Allah s.w.t "Hendaklah sekalian kamu membuat persediaan untuk menghadapai musuh-musuh kamu dan musuh-musuh Allah s.w.t dengan sekuasa-kuasa bagi kamu" ditambah lagi dengan sabda Nabi Muhammad s.a.w dalam kutbahnya yang berbunyi "ajarkanlah anak kamu memanah , menaiki kuda dengan satu lompatan , berenang dan bermain pedang" sehinggakan Nabi Muhammad s.a.w mengulanginya sebanyak tiga kali jelas menunujukkan betapa pentingnya mempelajari ilmu mempertahankan diri di dalam Islam .

Dengan mensesuaikan dengan masa kini maka seni beladirilah yang patut kita pelajari . Ini adalah kerana pada masa kini mana mungkin kita boleh membawa kuda kesana dan kemari , membawa pedang sesuka hati dan membawa busur kemana sahaja kita pergi . Namun , ada juga diantara kita yang memberi alasan bahawa tidak lagi relevan untuk kita mempelajari ilmu beladiri kerana kita ada pistol yng lebih efisyen dan pantas . Tetapi tahukah kita bahawa tidak semua orang boleh menggunakan pistol dan membawanya kemana sahaja kita pergi . Tentera dan Polis juga walaupun mereka dilengkapai dengan senjata api , tetapi mereka masih mempelajari ilmu beladiri kerana mereka tahu peluru akan habis dan apa yang tinggal hanya tangan dan kaki .

Setiap kaum Adam terutamanya seharusnya ada ilmu mempertahankan diri kerana ia bakal menjadi seorang ketua sekurang-kurangnya ketua kepada keluarganya . Wanita juga tidak dikecualikan kerana mereka tidak lagi boleh bergantung harap kepada golongan lelaki sahaja kerana menjaga diri itu wajib keatas diri sendiri ,  ini adalah kerana , kemana sahaja kita pergi tidak semestinya beramai-ramai adakalanya kita berseorangan . Allah s.w.t ada berfirman "Aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubah nasibnya sendiri" . Marilah kita sama-sama bangun untuk memperkasakan bangsa Melayu agar kita mampu terus memacu dan mempertahankan negara tanpa perlu bergantung harap kepada orang lain . Bak kata pepatah janganlah sudah terhantuk baru nak terngadah .